Friday 12 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Kareem 1434 Hijrah.


find me 
Twitter : aciktweets
facebook : acikfb
instagram : sekilogram
WeChat : acikwc
KaKao Talk : acikakao
Line : acikline

Saturday 8 June 2013

Oh Rain


3:10am. Oh rain in Kuala Lumpur. Aahhh.. i love the sound of rain at night. so relaxing, so calm. it puts me in the mood for sleep.

Hmmp, should sleep well.

Nighty night Mr. Acik.

Monday 8 April 2013

Ihsan Dari Kamu.

"Kadang kadang kita terpaksa senyum walaupun hati sedang terluka berdarah, kerana kita tahu dengan senyuman itu ramai lagi hati akan terubat".

- Courtesy of Y_M.

Saturday 2 February 2013

Dilema Hawa.


  • [D]ua hari lepas antara kawan perempuan yang bukan rapat whatsapp dengan aku. bercerita masalah yang dia hadapi selama ini. masalah yang tak dapat dia bendung sebab antara cacian, hinaan dan bermacam lagi. ok, ini ada masalah berat badan ( gemuk gedempol ). jadi aku tanya kenapa itu jadikan masalah sedangkan bukan dia seorang sahaja perempuan yang berbadan gemuk di kalangan kita. dan dia beritahu di sebabkan berat badanlah, dia di caci di sekolah masa dahulu dan di ejek ketika keluar bersama kawan-kawannya. malah ketika di rumah di jadikan bahan ketawa oleh ahli keluarga sendiri. dan pernah suatu ketika keluarganya keluar bersama, mereka yang mengenali keluarganya mengatakan si dia tak ubah macam bibik ( pembantu rumah indon ). kununnya sebab berbadan besar dan tak cantik dari pandangan orang. dan pernah juga dia mengunci diri dalam bilik ketika ada saudara mara jiran tertangga datang bertandang ke rumah kerana takut di jadikan bualan tentang dirinya. 

  • MasyaAllah, dunia zaman sekarang. tidak pernah takut akan pemberian Allah pada setiap makhluk ciptaanNya. dan taksub pada kencantikan yang ada pada diri sendiri hingga lupa cantik atau buruk itu datang dari Allah. tak kisah lah bertapa buruknya seseorang itu, bertapa cacat pun makhluk itu jangan lah kita mencaci menghina atau pandang sebelah mata. dia tetap insan kurnia Allah seperti kamu semua. mengapa kamu sanggup mencaci hingga hidup mereka jadi di lema. tidakkah kamu kesian lihat dia. jika kamu memberi nasihat atau pandangan tentang berat badan bukan kah lebih baik. tidak lah menyakiti hati sesiapa. malah ia memberikan semangat untuk si dia untuk berubah berusaha untuk diet. kan senang kan ? janganlah kamu mengutuk pada dia yang gemuk. sesungguhnya Allah maha adil. tiap insan pasti di beri pertunjuk suatu hari nanti. kalau bukan sekarang mungkin akan datang. dan saya harap awak tetap bersabar dengan dugaan atas dunia ini. biarkan cacian mereka itu menjadi bekalan pahala untuk kamu. setiap cacian mereka dapat dosa dan kamu menerima pahala. jadi bersabarlah ya. gemuk dan buruk bukan isu utama kita berada di muka bumi Allah, tapi hati yang penuh amalan dan keimanan adalah agenda utama kita di sini. ingatlah, kita hidup setakat umur 60 - 80 tahun purata. tetapi di syurga kita hidup untuk selama-lamanya. 

  • Untuk si dia, harap sabar merempuh segala dugaan dunia. biar di mata manusia buruk tapi  tetap cantik dari pandangan Allah. biar buruk di luaran tapi suci di dalam. cantik wajah dan badan bukan bererti sempurna jika iman tak kukuh. kita patut bersyukur apa jua pemberian dari Allah. setiap kejadian ada hikmahnya. jika bukan sekarang mungkin suatu hari nanti, ataupun di akhirat kelak. dengarlah nasihat dan fikirkanlah apa yang saya cakapkan hari itu. untuk kebaikan awak juga. itu sahaja yang dapat saya bantu. nasihat dan pendapat. saya bukan orang yang sempurna untuk memberi kata-kata nasihat. cuma sekadar yang mana mampu sebagai seorang kawan. 
Insha Allah.  

Monday 28 January 2013

Pada Suatu Hari Kisah Kucing

Pada suatu hari dalam kisah hidup aku dari kecil hingga sekarang, kucing dan aku memang tak dapat di pisahkan. sejak dari dulu aku memang sayang akan haiwan ni. sikap manja dan asuhan dari kecil hingga besar aku akan jaga serapi-rapinya. masih ingat lagi kucing pertama aku bela mati sebab sakit. aku menangis 3 hari, hehehe. ok, yang bawah ni nama tom tapi aku panggil dia gemok. lincah, garang, manja, kuat 
makan dan kuat berjalan. tapi kegiatan yang utama sekali dia ni adalah bergaduh. pantang jumpa dengan kucing jantan lain memang dia cari pasal. macam biasa tiap kali gaduh dia mesti menang punya. terer lah katakan. lagipun kawasan sini antara koloni kucing-kucing dia yang paling di geruni. semua kucing-kucing betina dia pegang. tuan dia tak lah macam tu. tuan dia baik sopan santun budi pekerti lemah lembut dan baik hati. ahahahaks. tom mati kerana sakit. badan mula kurus dan tak makan. sedih juga kehilangan dia. tapi apa boleh buat, apa yang hidup mesti mati kan. tom kami merindui kamu.
Yang ni namanya omay. kucing betina aku. kelakuan dia aku sendiri tak paham. dia banyak diam dan tak banyak buat aktiviti. makan dan tidur kerja dia. payah nak ajak main. suka bersendirian. susah juga aku nak cerita pasal omay ni. tak ada yang menarik sangat dengan omay ni. tapi macamana pun aku tetap sayang dia. sungguh pun tak manja dengan aku. omay masih lagi bersama sampai sekarang.

Ha, yang ini adalah kucing yg paling aku sayang sekali, momon. muashh momon, dia memang bersama dengan aku hampir setiap masa. dia lah paling manja semanja manjanya. tak pernah sekali pun keluar rumah. bak kata tak pernah tahu dunia luar. sebab dia penakut dan takut nak keluar. setakat depan pintu berani lah. uish, kalau bab makan aku nak cerita kat korang, ish ish ish.. satu hari entah berapa kali mangkuk dia melantak. berat badan sampai aku nak dukung cukup lah bagi masa 3 minit. dah lenguh sendi tulang lengan. berat nanang. cuba bayangkan bulu dia sekarang, setebal mana aku pun tak dapat nak describe. kalau gajah masuk pun boleh sesat tak dapat cari jalan keluar. gambar ni masa dia kecil lagi. kira baru zaman sekolah rendah lah macam tu. umur kucing kan pendek je. hehehe

hobi momon, hisap bulu dia sendiri. ataupun bahasa senang sikit, dia nyonyot bulu dia. sampai setiap bulu bawah badan dia jadi kerinting. ntah lah, apa yang dia suka sangat hisap bulu dia sendiri aku pun tak tahu. momon lah sumber inspirasi aku masa ni. tiap kali aku balik dari kerja bila aku pandang dan peluk dia terasa release semua penat dan serabut otak. aku betul-betul senang dengan momon. bini dia si omay gambar atas tu. mungkin tak lama lagi bakal timang anak pertama. aku yang terlebih teruja tak sabar nak tengok anak mereka. oh momon, jika momon tak ada lagi ntah dengan apa lagi aku nak bermanja kan. dia lah peneman aku hingga hayat dia masih ada. tak apa lah, nanti dia dah ada anak, anak dia pula waris untuk temankan aku nanti. insyaAllah. 
Momon
Kisah kucingku akan bersambung selepas kelaharian anak momon dan omay nanti.

to be continue...







It's been long time, very very long time.

Pembukaan kembali blog aku untuk tahun 2013. setelah sekian lama aku tak buka dan lupa pasal password and email blog sendiri ahahaks. so kini.. brace yourselves, updating blog is coming. 

Monday 23 January 2012

Namakan Mereka Nama-nama Indah

Setiap pasangan ibu bapa idamkan sesuatu yang istimewa terhadap cahaya mata mereka. Lalu pelbagai usaha dilakukan agar cahaya mata meleka lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya. Ada yang yakin dengan membaca surah Yusuf ketika bayi dalam kandungan, bayi itu akan sempurna rupa parasnya sebagaimana Yusuf Alaihissalam.. begitu juga yang idamkan anak perempuan dengan surah Maryam. Baguslah, jika amalan ini dilakukan ke
rana membaca ayat2 suci al-Quran itu adalah ibadah namun janganlah terlalu bergantung harap kerana lain pula jadinya jika sesuatu yang diinginkan tak tercapai.

Selain itu, sesuatu yang ibu bapa sentiasa berfikir ketika bayi mereka masih dalam kandungan ialah tentang nama anak mereka. Kerana nama yang telah diberikan akan terpahat pada diri setiap manusia hingga di Padang Mahsyar kelak. Namun begitu, adakah semua ibu bapa mengambil berat tentang makna nama yang telah mereka berikan kepada anak mereka. Tak kisah lah dalam apa jua bahasa asalkan tidak tersalah pilih.

Sebagai adatnya, rata-rata nama anak-anak Melayu di Malaysia menggunakan bahasa arab pada kebanyakannya. Dan agak biasa permulaan nama bagi lelaki ialah Muhammad (atau apa jua cara tulisannya), Ahmad, Abdul ~, dan sebagainya. Bagi perempuan pula kebiasaannya dimulakan dengan Nur, Siti, Nurul ~, dan lain-lain. Ini mungkin dipengaruhi oleh kedatangan masyarakat Arab yang datang berdagang di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Namun, tak kurang juga yang meletakkan nama Melayu pada anak mereka contohnya Tuah, Megat, Melati, Bunga, dan selainnya. Tak kisah lah asalkan maknanya baik dan indah.

Walau bagaimanapun, hak ibu bapa untuk meletakkan nama pada zuriat mereka harus diteliti tentang maknanya kerana nama juga mempengaruhi kehidupan mereka ketika anak-anak mereka meningkat dewasa. Jangan tersalah letak nama kerana ini mungkan akan menimbulkan aib kepada anak-anak tersebut. Contoh-contoh nama yang agak selalu didengar dan tidak sepatutnya diletakkan pada nama manusia adalah seperti:



1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :

• Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
• Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
• `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
• Wati (Persetubuhan)
• Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)

2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
• Azali
• Muhaimin

3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
• Suyuti (Orang Asyut)
• Bukhari (Orang Bukhara)
• Ghazali (Orang Ghazal)
• Nawawi (Orang Nawa)
• Misri atau Masri (Orang Mesir)
• Baihaqi (Orang Baihaq)
• Tirmizi (Orang Tirmiz)

4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.


5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.

6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab

7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
• Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
• Ghulam `Ali (Hamba `Ali)

8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)

9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
• Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
• Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.

10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
• Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
• Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.

11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
• Zaleha – sepatutnya Zulaikha

12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
• ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
• Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.

13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
• Muti`ah (yang taat)

14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

• Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)

15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
• Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
• Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)

16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
• Syamsul Bahri (matahari lautan)
• Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
• Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
• Rafidhi (Syiah pelampau)
• Atan (keldai betina)
• Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
• Jamalullail (keindahan malam)

Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
• Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- makna buruk : pengecut
• Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
- makna buruk : yang menyalak

17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.

Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
• Fairuz
• Sirin (manis –bahasa Farsi)
• Rustam
• Sarfaraz (mulia)
• Sibawaih (wangian epal)

18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
• Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
• Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
• Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
• Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
• Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’

19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain

20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
• Syukri (Kesyukuranku)
• Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
• Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
• Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
• Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri

Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.

Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:

• Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.

Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.

• Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

• Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

• Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.

21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]

dan ayat:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]

22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

• Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah

• Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.  

  • Sumber dari Kalamul Haqq