Sunday 10 July 2011

Bercuti di Langkawi Kesekian Kali.

Breakfast @ Delta Motel




5hb sampai 8hb aku bercuti pi langkawi dgn budak2 ofis aku. walaupun masuk kali ni aku dah pi langkawi 9 kali tapi seronok tu memang seronok. ekceli aku nak gi semata-mata nak buat tahik mata 4 lori. bukak aircond kuat-kuat then tidur sampai  check-out. tapi apa yang jadi sebaliknya pulak.  dorang yang lain tak bagi aku rehat. ajak buat aktiviti yang boleh merangsangkan minda selain dari tidur tu. aduh.. so ni aktiviti aku masa aku kat langkawi. bangun pagi awal jam 7 dah berendam dalam air laut mandi main air ombak tangkap siput   dan kerang. uhh..mata pedih kulit jadi gatal kena air laut. pukul 10 pagi breakfast ramai-ramai kat restoran chalet sebelum nak bertolak berjalan-jalan. 1st kitaorang gi gunung mat cincang. dgn ketinggian 700lebih  
meter menaiki cable car sampai kepuncak gunung. memang lah gerun babe. tapi bila dah sampai puncak di selaputi kabus dan cuaca sejuk dengan permandangan cantik..uhh terasa nyaman dan rilek je kepala hotak ni. dah puas kitaorang bergambar sakan macam model barang kemas kat atas tu, kitaorang turun berehat sebentar kat bazaar bawah sebelum bertolak ke destinasi berikutnya iaitu makam mahsuri. takde yang free di langkawi. nak ziarah makam pun kena charge RM5 sekali masuk. sekitar makam ni takde la sgt nak lawat. tgk-tgk rumah,telaga mahsuri,burung dan muzium lagenda. tu je. tapi ok lah kot. kemudian kitaorang start bertolak terus gi dataran helang. dataran ni cuma tempat nak bergambar buat balik untuk dijadikan kenangan. tak sah kalau datang ke langkawi tak bergambar kat sini. then kitaorang jalan sekitar  kedai-kedai bebas cukai. apa lagi dorang yg lain..shopping sakan lah. ini lah saat-saat yang ditunggu mereka. aku.. aku cuma beli cleanser foam je utk cuci muka yg dah berminyak sebab berjalan seharian. aku tak lah shopping sgt. disebab masa tak mengizinkan hari pun dah nak gelap perut pun masing-masing lapar sgt. kitaorang apa lagi, bergegas balik chalet pantai cenang. mandi basuh muka gosok gigi pakai wangi-wangi semua dah siap, kitaorang gi restoran seafood aliah bersebelahan tempat kami menginap. makan besar 
Diner @ Restoran Seafood Aliah
sebesar meja restoran tu. dengan udang kara masak pedas, sotong goreng tepung, ikan pari, ikan siakap 3 rasa, ikan jenahak bakar, baby kailan dan banyak lah agi.pheww kenyang giler. lepas dinner balik ke chalet masing-masing dan tidur tak ingat dunia. sedar mata dah subuh. giler kentang tidur dgn perut buncit camtu. keesokan harinya cuma buat aktiviti pantai. mandi, main pasir, timbus budak, campak org dlam laut...tapi aku tak. aktiviti aku sambung tidur dalam chalet sampai check-out. hehe. akhirnya dapat aku tidur sepanjang hari tanpa gangguan sebarang aktiviti. coming soon bercuti di Pulau Labuan pulak. tungguuu...

3 comments:

Nur said...

i like !!!

_arief mustaQiem_ said...

wahhh bestnye...

Acik said...

suke.. ajak la famili n kekawan sume gi sane. percutian langkawi percutian yg bajet.

Post a Comment