Tuesday 12 July 2011

Cinta + Bas = Cinta Terbabas





korang tau tak, cinta sebenarnya sama je seperti kamu yg menunggu bas. bila bas tu datang, kamu tengok bas tu dan kamu kata pada diri sendiri, "uishh... penuhnya bas ni...takde tempat duduk la." jadi, kamu kata pada diri sendiri, "aku tunggu je  bas yg lain." then kamu pun biarkan bas tu berlalu dan kamu tunggu plak bas yg lain. kemudian, datang pulak bas yg kedua. kamu tengok bas tu dan kamu cakap, "ek elehh...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan kot." jadi, kamu pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kamu bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni kali ni kamu kata, "hampeh... tak de air-cond...cuaca plak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain." dan sekali lagi kamu biarkan bas tu berlalu dan kamu bercadang lagi utk menanti bas yg seterusnya. tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung hari nak hujan dan baru kamu perasan yg kamu dah terlambat rupanya. kamu mula panik dan terus naik je bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak begitu elok. takde aircond. seat koyak rabak. bunyik ekzos bising.. barulah kamu sedar bahawa...kamu dah naik bas yg salah. jadi, selama ni kamu dah membazir banyak masa untuk menunggu apa yg kamu nak.... walaupun yg datang tu adalah bas yang buruk, adakah kamu  pastikan bahawa bas tu akan rosak di tengah jalan ataupun enjin bas tu tiba-tiba meletup? jadi, mengingini apa yg kamu  idamkan tu memang tak salah. tapi, tak salah jugak kalau kamu sanggup beri satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kamu dapati "bas" itu tak sesuai dengan kamu, apa yg perlu kamu lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas.tu jek. ...pasti kamu semua ada pengalaman yg macam ni. kamu nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kamu nanti-nantikan), kamu tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat dek je dan pura-pura buat tak nampak dan terus berlalu tinggalkan kamu. bila ada bas yang lalu melintasi macam tu, apa yang lakukan ialah jalan buat tak tau jangan berlari kejar bas tu lagi. sia-sia sebenarnya untuk kamu mengejar bas tu setiap kali. nanti kamu akan terjatuh dan luka menyakiti diri kamu sendiri. so, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kamu nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri kamu. 


- sama dari pandangan aku.

3 comments:

Nur said...

nice...:)

Nur said...

cik nui share kat fb ya.. tq

Acik said...

boleh sila kan. :)

Post a Comment