Aku makin tak faham sekarang, banyak cerita hantu, mistik whatever di kaca tv dan wayang. semacam tak ada cerita lain dah nak buat kot. untuk kaut keuntungan mereka tak kisah dah apa kesan terhadap masyarakat. Liputan meluas terhadap cerita mistik dan tahyul ini telah mengakibatkan sindrom takut dikalangan masyarakat terutama kanak-kanak. Lama kelamaan takut mereka kepada apa yang dinamakan hantu dan mahluk halus mengatasi takut mereka kepada Allah SWT.
Jadi aku nak share sikit kisah dua ekor hantu yang lucu ni yang tengah melepak berborak. Untuk merilekan minda dan emosi ketakutan kita tentang hantu. Ingat lah kita bahawa jangan takut akan hantu tapi takut lah pada Allah. Dia patut kita geruni.
Ok camni cerita nya..
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A dgn ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk rumah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die taknak jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. Tak sangka lak bleh mati terus kat situ.." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Tamat.
2 comments:
ahahaha!!ces!!!!
ermmm..hampehh
Post a Comment