Friday 29 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan.

Rejab bulan Allah, Syaaban bulan nabi dan Ramadhan bulan kita semua. Sedar tak sedar dah masuk bulan puasa. Apa lagi, pulun jangan tak pulun. Dah nama bulan kita semua. Banyak zat tu. Rugi tak beramal banyak-banyak kan dalam bulan puasa camni. InsyaAllah, kalau di panjangkan umur kita penuhkan je bulan ni dengan amalan taqwa. Selain dari Dia kita ni kecik je. Uish, dah setahun kan..setahun pemergian arwah ayahanda aku pada malam ke27 ramadhan tahun lepas. Rasa macam baru bulan lepas bersemuka dengan ayah. Adei, sob..sob..rilek la babe. Untuk mereka yang beragama islam aku ucapkan Salam Ramadhan. Semoga amalan kamu semua dalam bulan yang penuh berkat di naik kan malaikat hingga langit ke tujuh dan diterima Allah S.W.T.

Jika semua harta adalah racun maka zakat lah penawarnya.
Jika sepanjang umur adalah dosa maka taubat lah ubatnya.
 
Jika seluruh bulan adalah noda maka ramadhan lah penginsafan nya.

Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa



Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala




No comments:

Post a Comment